Friday, May 10, 2013
Sakit bila didustai
Sakitkah bila cinta didusta?
Assalamualaikum...
Apakah yang paling
ditakuti oleh setiap
pasangan yang
bercinta? Hmm, betul
tu! Anda tentu takut
cinta anda dikhianati!
Didustai! Kerana...
Bila cinta didusta
Hati mula gelisah
Hilang kekasih hati
Hidup jadi merana
Mengapa? Kerana....
Insan jadi idaman
Kini dimilik orang
Cinta yang diimpikan
Putus di tengah jalan....
Jadi?
Terpaksa mengalah...
Anda pun mengeluh.....
Mengapa menyinta
Andainya tak setia
Tak usahlah bercinta
Jika hanya berpura
Tentulah kecewa kerana...
Bila hati dah jemu
Mula berpaling tadah
Tak pernah difikirkan
Orang yang ditinggalkan
Terseksa sayu pilu
Anda pun...
Oooo merayu rayu
Oooo ingin kembali
Oooo meratap sayu
Tapi, ada si dia peduli? Tidak pun!
Tidak mungkin orang simpati
Menoleh pun tak sudi
Tapi, janganlah bersedih. kerana, hari ini cinta anda
didustai, esok-esok, cintanya pula bakal dikhianati...
Andainya ditakdirkan
Cintamu didustai
Pastinya kau mengerti
Seksanya perpisahan
Nanti pasti, hidupnya....
Hanyalah ditemani sesalan!!!
Teringin berkongsi lagu ini : bila cinta didusta
Disenaraikan beberapa sebab mengapa seseorang
mengkhianati cinta.
1. Kerana kita kurang menjaga perasaannya
2. Kerana si dia mencari atau menemukan yang lebih baik
atau lebih sempurna dari kita
3. Kerana si dia ingin sesuatu yang lebih dari apa yang
sudah kita berikan
4. Kerana si dia sedang mencari sensasi baru
5. Kerana si dia bukan pasangan setia
6. Kerana si dia memang sengaja melukai hati kita
7. Kerana si dia memang seorang buaya darat (untuk lelaki)
atau buaya laut (untuk wanita)
8. Kerana sudah dasar sifatnya playboy atau playgirl
Demikian mungkin beberapa alasan kenapa “si dia” yang
sangat kita cintai membalas cinta kita yang tulus, suci, plus
murni dengan sebuah pengkhianatan yang kejam dan tidak
berperi kekasih sayangan :-(
“Aku sangat mencintainya. Aku mencintainya dengan
sepenuh jiwaku. Ketika kami melakukan janji setia,
langit dan bumi jadi saksinya. Bahkan dia memintaku
untuk bersumpah setia atas nama Tuhan. Aku fikir
bahawa dialah jodoh sejatiku…, tapi kenapa dia tega
menduakan cintaku dan menghancurkan
perasaanku…?!”
Apa barangkali yang harus anda fahamkan si dia? Katakan
saja kepadanya...
“Hmm, tanyakan pada dia! Tanya kenapa dia sampai
sanggup memutuskan ikatan sucimu ini!"
Tapi, kan...
Jangan terlalu sedih atau terluka dengan pengalaman yang
satu ini. Juga jangan membenci si dia yang telah
mengkhianati cinta kita yang seputih salju Himalaya. Sakit
hati kerana dikhianati benar-benar akan menjadi ladang
pembelajaran bagi kita dalam melatih emosi dan bersikap
lebih dewasa. Pengalaman sakit hati akan membuat kita
lebih bijak dalam menjalani kehidupan jika kita mahu belajar
darinya.
Sebenarnya, saat anda kehilangan orang yang dicintai, saat
itu anda akan menemui sahabat sejati. Dari masa sakit hati
itu, adanya sahabat-sahabat sejatilah yang bisa menegarkan
dan memberi erti indahnya persahabatan. Bila dikenang,
hanya sahabat-sahabat sejati yang ternyata hadir dengan
penuh perhatian dan memberi support mental yang luar
biasa. Kalau difikir, idea-idea gila mereka dalam
menghadapi “si pengkhianat cinta” anda saat itu akan
membuat anda tertawa sendiri. Dari itu, terkadang, sahabat
adalah segalanya kerana di satu sisi, cinta kasih mereka
lebih tulus dari kekasih kita yang sebenarnya.
Perkara yang anda perlu lakukan bila cinta anda didustai,
dikhianati!
1. Cek diri dan menjadikan peribadi yang lebih baik
Bila si dia meninggalkan anda, tentu pada anggapannya,
anda bukanlah makhluk yang sempurna. Jika kita manusia
yang sempurna, mana mungkin kekasih akan pergi
meninggalkan anda dan menjalin cinta dengan orang lain.
Jadi, muhasabahkan diri. Ternyata diri masih banyak
kekurangannya sehingga tidak bisa mempertahankan cinta
si dia kepada anda. Setelah menganalisis kekurangan diri,
maka langkah selanjutnya adalah memperbaiki diri agar
kekurangan-kekurangan tersebut bisa diatasi dengan
kelebihan yang ada pada dirianda.
Jadikan “sakit kerana dikhianati” sebagai pendorong agar
diri anda bisa menjadi lebih baik, secara lahir maupun batin.
Dalam proses perbaikan diri ini tidak usah anda
mengharapkan si dia akan kembali pada anda, kerana
setelah dia berkhianat maka anda tentu tahu bahawa
ternyata cintanya tidaklah murni.
2. Memaafkan dan mengikhlaskan
Langkah selanjutnya ialah memaafkan dan mengikhlaskan,
tidak hanya orangnya, tapi juga perbuatan si dia yang
membuat luka di hati kita. Ini bermaksud agar kita bisa
melepaskan emosi negatif berupa amarah, sakit hati
maupun dendam dari hati kita, kerana semua emosi
tersebut adalah emosi yang akan sangat menghambat
kemajuan diri kita. Orang yang menyimpan dendam
cenderung akan sulit meraih kejayaan kerana semua emosi
negatif tersebut akan menyedut tenanga kejayaan kita.
Jadi, bukannya kita tambah bahagia, namun makin
menderita.
Maafkanlah orang yang telah mengkhianati kita, kerana
memaafkan adalah akhlak yang dicontohkan Rasulullah
SAW. Kalau tidak ada orang yang menyakiti hati kita maka
bila kita boleh meneladani akhlak Nabi, yakni memaafkan?
Kan?
Ikhlaskanlah, kerana sesungguhnya semua yang ada di
dunia ini—termasuk orang yang menyakiti hati kita—adalah
milik DIA. Ikhlaskan kepergiannya dari hati kita agar tidak
ada emosi negatif yang bersarang di hati dan menjadi
sumber penyakit, baik lahir maupun batin.
3. Yakinlah bahwa hukum karma itu ada
Jika kita mahu membuka kitab suci, di situ Allah SWT
berfirman dalam Surat Al Israa’ ayat 7 yang artinya,
“Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik
bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka
(kejahatan) itu bagi dirimu sendiri…”.
Dari sini kita tahu bahawa jika orang lain menyakiti kita
sesungguhnya dia sedang menyakiti dirinya sendiri.
Demikian juga jika menyakiti orang lain, sesungguhnya kita
juga sedang menyakiti diri sendiri. Pendek kata, semua itu
akan ada balasannya, baik di dunia ini maupun di akhirat
nanti.
Hukum karma atau hukum tebar-tuai menyatakan bahawa
apa yang kita tebar maka itulah yang akan kita peroleh.
Jika yang kita tebar adalah kejahatan, maka bisa dipastikan
kejahatan juga yang akan menimpa kita. Begitu juga jika
yang kita tebar adalah benih-benih kebaikan, maka
kebaikan pula yang akan menghampiri kita, bahkan
jumlahnya bisa berlipat ganda.
So, jangan pernah takut untuk disakiti, namun takutlah
untuk menyakiti.
4. Menjadi Kesayangan Allah
Merasakan pedihnya cinta kita dikhianati mungkin akan
menjadi pengalaman yang tak terlupakan dan tak ingin
terulang lagi. Namun, boleh jadi dengan cara itu Allah SWT
sedang mengingatkan kita (bagi yang mahu sedar) agar
tidak menambatkan seluruh cinta kita kepada sesama
makhluk-NYA.
Jika saja si dia tidak mengkhianati anda, belum tentu anda
kembali kepada Sang Pencipta. Bisa saja anda terus
bergelimang dosa kerana mencuba sesuatu yang belum
pada tempatnya, atau memadu nafsu sehingga kemesraan
yang anda bina sampai melanggar batas yang dilarang
agama.
Dan yang lebih penting lagi, renungkan baik-baik firman
Allah dalam Al Qur’an Surat Al Baqarah ayat 216 yang
artinya,
“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia
amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu
menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Waktu yang terus berlalu tak akan membuat cinta sejati
menjadi layu