Tuesday, May 14, 2013

Prasangka baik terhadap ALLAH

BAIK SANGKA TERHADAP ALLAH S.W.T
JIKA KAMU BELUM MENCAPAI BAIK SANGKA
TERHADAP ALLAH LANTARAN KESEMPURNAAN SIFAT-
NYA, MAKA HENDAKLAH KAMU MEMPERBAIKI SANGKA
TERHADAP WUJUD-NYA KERANA WUJUD-NYA BESERTA
KAMU. BUKANKAH DIA TIDAK MELETAKKAN KAMU
MELAINKAN PADA YANG BAIK-BAIK DAN TIDAK
MENYAMPAIKAN KEPADA KAMU MELAINKAN NIKMAT-
NIKMAT-NYA.
Kita menggantungkan harapan dan hajat kepada sesama
makhluk kerana kurangnya pengenalan (makrifat) terhadap
Allah s.w.t. Apabila kurang kenal maka kita mengadakan
sangkaan-sangkaan terhadap-Nya. Sangkaan dibahagikan
kepada dua iaitu sangkaan baik dan sangkaan buruk.
Sangkaan baik datangnya dari iman dan sangkaan buruk
datangnya dari keraguan. Corak sangkaan terhadap Allah
s.w.t itulah menentukan haluan hajat dan harapan. Jika kita
menyangkakan ada makhluk yang mampu menyampaikan
harapan dan hajat kita maka kita bersandar kepada
makhluk. Jika kita menyangkakan makhluk tidak berdaya
maka kita tidak bersandar kepada makhluk.
Perkara sangkaan ini masih lagi di bawah persoalan Iradat
dan Kudrat Allah s.w.t. Sangkaan baik dibawa oleh malaikat
dan sangkaan buruk dibawa oleh syaitan. Kedatangan
sangkaan buruk adalah tanda rohani kita masih terikat
dengan alam dunia yang diselubungi oleh cahaya syaitan.
Syaitan berada di bawah bumbung langit dunia dan rohani
kita juga berada di bawah bumbung yang sama, maka
syaitan boleh menjadi kawan dan juru nasihat kepada hati
kita. Selagi rohani kita tidak melepasi kongkongan langit
dunia selagi itulah gerak hati atau lintasan yang dibawa oleh
syaitan mengganggu hati kita. Tujuan latihan kerohanian
ialah memberi kekuatan kepada rohani agar ia dapat naik
melepasi langit dunia, lalu lepaslah ia daripada taklukan
syaitan. Lintasan syaitan tidak lagi mengganggu hatinya,
sebaliknya hati akan menerima lintasan malaikat.
Apabila kita memahami tentang hakikat sangkaan buruk
maka kita akan berusaha membuangnya agar ia tidak
melekat di hati kita. Kemudian sangkaan itu digantikan
dengan sangkaan baik. Bagi kita orang awam, baik sangka
terhadap Allah s.w.t dibina di atas kesedaran terhadap
nikmat-nikmat yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita.
Nikmat yang kita terima daripada Allah s.w.t tidak pernah
putus sejak kita mula dijadikan hinggalah ke detik ini. Dalam
surah al-Mu'minuun ayat-ayat 12 hingga 14 Allah s.w.t
memberi gambaran yang jelas tentang kejadian manusia,
supaya manusia menginsafi nikmat yang diterimanya tanpa
diminta dan Allah s.w.t memberi nikmat dengan sebaik-
baiknya. Maksud firman-Nya itu ialah:
Dan sesungguhnya Kami jadikan manusia dari air yang
tersaring dari tanah. Kemudian Kami jadikan dia setitik mani
di tempat ketetapan yang terpelihara. Kemudian mani itu
Kami jadikan segumpal darah, lantas darah itu Kami jadikan
seketul daging. Kemudian daging itu Kami jadikan tulang-
tulang. Kemudian tulang-tulang itu Kami baluti dengan
daging. Lantas Kami jadikan dia kejadian yang lain. Maha
Suci Allah, sebaik-baik Pencipta.
Perhatikan maksud ayat-ayat di atas. Siapakah kita pada
peringkat-peringkat tersebut? Apakah kita sudah ada ikhtiar
dan usaha? Adakah kita sudah pandai berharap dan
berhajat? Tidak, ketika itu kita tidak memiliki apa-apa dan
tidak mengetahui apa-apa. Dalam keadaan yang paling
lemah dan paling tidak mengerti apa-apa itu adakah Allah
s.w.t membiarkan kita? Adakah lantaran kita tidak
berusaha dan berikhtiar maka Dia membiarkan kita
kelaparan dan kehausan? Adakah lantaran kita tidak
mengajukan harapan dan hajat maka Dia tidak
memperdulikan kita? Tidak, sama sekali tidak! Allah s.w.t
tidak sekali-kali membiarkan hamba-hamba-Nya. Dia
memberi perlindungan dan penjagaan tanpa diminta, tanpa
diusahakan, tanpa diharapkan dan tanpa dihajatkan. Apakah
ketika di dalam perut ibu sahaja Allah s.w.t memberikan
kebaikan kepada kita dan menyekatnya apabila kita
meluncur keluar kepada alam dunia ini? Tidak, bahkan
nikmat kebaikan Allah s.w.t berjalan terus, cuma bezanya
ketika di dalam perut ibu kita menerima tanpa kesedaran
dan tanpa pengetahuan, apabila kita berada di dunia kita
menerima nikmat serta kebaikan itu dengan kesedaran dan
berpengetahuan. Kesedaran dan pengetahuan itu membina
sangka baik kita kepada Allah s.w.t. Jika Allah s.w.t telah
membuktikan Dia sanggup memberi tanpa diminta mengapa
ia enggan memberi apabila harapan dan hajat ditujukan
kepada-Nya? Hamba yang insaf akan yakin kepada Allah
s.w.t dan dia akan bergantung kepada Allah s.w.t dengan
baik sangka.
Kesedaran dan pengetahuan terhadap kebaikan yang Allah
s.w.t lakukan membuat seseorang hamba mengerti bahawa
Allah s.w.t berbuat baik kerana Dia bersifat dengan sifat
yang baik-baik. Kesan daripada sifat yang baik muncullah
perbuatan yang baik. Apabila kebaikan Allah s.w.t dilihat
pada sifat-Nya, aneka ragam perbuatan yang sebahagiannya
mengelirukan pandangan, tidak lagi memudarkan sangkaan
baik seseorang hamba terhadap Allah s.w.t. Walaupun ada
perbuatan Allah s.w.t yang kelihatan menekan hamba-Nya,
tetapi Allah s.w.t yang sempurna sifat –sifat-Nya, dan
semua sifat-Nya adalah baik belaka, tiada sebesar zarah
pun yang tidak baik, mana mungkin boleh lahir perbuatan
yang tidak baik daripada-Nya. Jadi, baik sangka yang
bersandar kepada sifat adalah lebih kuat daripada baik
sangka yang terhenti pada perbuatan. Baik sangka yang
bersandar kepada perbuatan masih menyembunyikan
keraguan yang samar-samar iaitu rasa kurang senang
dengan apa yang berlaku, seperti firman